Simanja dan Sicomel

Simanja dan Sicomel

Followers

Wednesday, October 13, 2010

Cerita pasal KEK COKLAT


Pertama-tama sekali mummy nak wish good luck kat kawan mummy sorang ni.
Kisah Kek coklat ni pun terjadi sebab kawan mummy yang bernama
"Sharifah Nor Edziani (Sherry)"
(dari kiri: tuan punya blog, sherry & wardah)

nak resign. Sedey.....sebab hilang lagi rakan sekerja.
Ok, kembali pada topik asal...KEK COKLAT..
Petang semalam baru decide nak buat kek ni sebenarnya...
dan petang semalam jugalah bukak internet cari resepi..
dan petang semalam jugalah pergi beli barang.
Kelakar gak bila difikir2kan balik, maklumlah
dah lama dah tak masuk dapur..hu hu hu
semua kengkawan dah sedia maklum yang aku ni memang pemalas
dan tak tau masak..hu hu hu..
Satu lagi kejadian yang tak dapat aku lupa, bila semua bahan
dah disediakan...alih2 mixer pulak cari tak jumpa...semua
kotak dah geledah...hai...debor juga...
alih2 aku malas nak fikir byk..aku masuk semunya dalam blende..
dahla pertama kali nak buat kek ni, mixer pulak cari tak jumpa.
Lepas semuanya selamat dikukus, aku pun terus
dibuai mimpi..(12.15 mlm).
Nasib baik Rayyan nangis nak susu kalau tidak...bye bye
my first chocolate cake.
Sesudah bersusah payah utk menyiapkan kek tu, jom kita lihat hasilnya

Jeng....jeng......jom kita lihat

Wah...topping sampai meleleh
Yummy yummy

Emmmm lazatttt

Mesti tertanya2 mana lagi 1/4 bahagian tu. Hah... sebenarnya
dek kerana terlalu excited, aku potong 1/4 tu simpan utk
my lovely hubby..

Jom buat kek lazat nih..
RESEPI:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudukecil nescafe
2 sudu kecil sodium bikarbonat
1 sudu baking powder
1/2 cwn serbuk koko
2 cawan tepung gandum

TOPPING:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak

Selamat mencuba......terima kasih En. Fendi utk resepi hebat nih...


2 comments:

Nad @ MamaZakwan said...

nyum2..sedapnye!!! :)

ummi iman said...

drooling la dear tgk kek ni..