Simanja dan Sicomel

Simanja dan Sicomel

Followers

Saturday, January 28, 2012

Harapan dan Doaku 2012

Salam, hari ni just nak sembang2 kosong jer....just nak share my hope dan mengharapkan doa dari kengkawan blog untuk mummy ryan ni mengandung pada tahun ni...Ryan dah nak masuk 3 tahun, tapi masih takde adik..that why la manja terlajak....he he he.... moga2 rezekiku murah pada tahun ni...amin...


Tuesday, January 24, 2012

Update Pertama 2012

Salam tahun baru untuk semua bloggers....harap2 semuanya berbahagia dan sentiasa bahagia. Amacam tahun ni? Azam tahun lepas apa crita?...emmmm hari dah 24/1/2012..baru ada masa nak audit azam 2011. Ok mari kita sama2 audit azam tahun lepas kita.

1. Nak lunaskan hutang...(tak semuapun separuh pun ok)
Almost done.... ;(
2. To become a wonderful wife and mom
Baik sikit la dari dulu....ok la tu "improve" he he
3. To be a good engineer
For now, everything is in control...(eemmmm rasanya dah 90%)
4. Nak pakai pakaian yang kemas dan selesa ke pejabat
(no more tangkap muat) Emmm....ni sedang dibaiki...dan akan terus dibaiki..
5. Berjimat cermat selagi boleh (tapi xnak jadi kedekut)
Ha ha...ni memang terlaksana....
6. Nak deco bilik rayyan cam gambar kat bawah ni. (tapi pokok tu tak la kot)
Not yet

7. To have a nice kitchen cabinet as below pict. Not yet


8. To have simple and "cool" bedroom....eemmmmm
Not yet

9. To have simple landscape from
Boleh la.....dah ada 5 pokok bonsai...Saya suka bonsai tuuuuuuuuuuu.


to become.....Tapi entah bila nak jadi cam gambar nih

10. Plan to be a part time biz. person..(dapat cari duit lebih untuk mencapai impian next year ni)
Yang ni...masih samar2 sebab masih kurang berjaya membeli apa yang diidamkan....

Kesimpulannya, Azam 2011 masih belum dipenuhi...so tahun ni just update azam 2011 and tambah sikit azam baru...

1. Nak bawa husband and my hero bercuti kat "oversea".....
InsyaAllah...bulan 2 ni aku akan pergi...yehhuuuuuu harap2 jadi la..apa yg di plan tu..

2. Nak memperbaiki kelemahan diri..... to be a good muslimah, wife and friend.

Itu jer kot....karang tak terlaksana plak... Oklah, sampai sini dulu update untuk hari ni...byk betul cerita nak di kongsi...ada masa..nanti update lagi k... bye bye.

Saturday, December 24, 2011

Adakah???? Premium Beautiful sehebat ini???

· Menghilangkan sakit sebelum dan semasa datang haid.
· Mengatur kitaran haid secara normal
· Melancarkan perjalanan darah.
· Mengatasi masalah darah haid yang berlebihan atau datang lebih
dari hari maksimum (lebih dari 7-8 hari).
· Memperbetulkan kitaran pusingan haid agar datang setiap bulan
pada waktu yang tepat.
· Mengatasi masalah keguguran (benih perempuan lebih sihat, kuat dan berkualiti)
· Mengatasi masalah kesukaran mendapatkan zuriat/anak.
· Mengatasi risiko barah rahim.
· Mengatasi risiko barah payudara.
· Membaiki sistem hormon menjadi lebih baik dan sempurna.
· Menghilangkan masalah jerawat dan melicinkan kulit muka.
· Seuai untuk remaja perempuan yang baru sahaja mula baligh atau perempuan yang selalu mengalami masalah sengugut, masalah jerawat tumbuh dimuka dan badan kerana hormon tidak menentu.


"SAYA SUDAH.....ANDA BILA LAGI????......JOM KITA SAMA2 BER"PB"..."


Tuesday, October 18, 2011

Selamat Hari Selasa.... ^-^

Selamat petang semua blogger.....Semoga semuanya sihat dan sentiasa bahagia bersama insan tercinta. Hari ni ter"rajin" pulak rasa nak update blog....hampir terlupa plak yang sebenarnya aku adalah seorang blogger.... eeemmm harap2 semangat hari ni akan terus berterusan.....terlalu byk cerita lately ni....dan lately ni pun jiwa ada sedikit kacau...mungkin terguris dgn keadaan sekeliling....tapi keadaan tu masih terkawal lagi....dengan memegang kuat slogan "setiap org ada kelemahan dan kelebihannya"... so aku sentiasa memujuk diriku untuk tidak cepat melatah dan hanya berdiam diri.... Semoga Allah sentiasa memaafkan mereka2 yang menyakiti hatiku ini..... cukup untuk petang ni...chowwww.....

Thursday, September 29, 2011

Nak minta tolong.........

Tolongggg.....kat mana nak cari kids pool cam ni kat malaysia ni...hu hu hu hu...teringin sangat nak beli untuk dak rayyan tu.....eemmmmm bestnya tgk dia main sambil gelak2 ^-^











Friday, September 2, 2011

Mummy ngan Daddy dah kerja.....arrrgghhhhhh



SALAM LEBARAN


Arrrggghhhhh hari ni baru raya ke-4..tapi mummy dah kena masuk kerja...Semalam Raya ke-3...mummy lepak kat rumah jer dengan Rayyan...daddy kerja. Hari ni Rayyan lepak ngan daddy plak sebab mummy kerja....kesian rayyan mesti bosan gila asyik memerap jer kat rumah...tapi nak buat macamana...terpaksala follow......Rayyan kena ingat...Daddy kan PERWIRA NEGARA..Sedia berkorban untuk negara.. (Walaupun rasa cam terpaksa jer kena kerja raya ke-3) Apa2 pun we proud to have you daddy. (mummy LUV U so much..mmuuuuah) Ok, sekarang mummy nak cerita pasal dak rayyan ni....pepagi raya sesudah mandi, sibuk nak pakai baju melayu sebab sepupu2 dia semua dah bergaya dgn baju melayu masing2......nak dijadikan cerita dah siap bergaya dgn "lebai" sekali, tak sampai 2 minit.....tok dia tegur..."La....ayennn kenapa baju basah?"...alamak tidakkkk kenapa anak aku lencun...kalau air biasa ok la sikit..ini lencun dgn susu coklat...aaayyyakkkk....tak sempat daddy tgk anak teruna dia pakai baju..hu hu huh...Apa lagi sepantas kilat aku bukak baju tu and then basuh...hu hu...Seb baik daddy balik dari sembahyang raya, iron balik baju tu...kalau tak tak berbaju melayu la anak terunaku itu...he he he......Tapi aku ni konpius gak kenapa rayyan ni still "lenja" habis baju basah.....tak makan pun basah...makan pun basah...adeiiii...apa2 pun aku bangga dgn dia sebab semua jenis makanan dia bedal....tak tolak langsung....eeemmmm semakin hari semakin bulat ler anak mummy ni. Ahhhaaa gambar raya....nanti mummy upload.....hari ni takleh sebab sibuk "bekerja". Ha ha ha...anywhere...bagi mereka2 yang bekerja hari ni...bekerjalah dgn hati yang "ikhlas".... ^-^...




Sunday, August 28, 2011

Jenama Baru untuk Rayyan

Sudah tiba masanya kita menyambut hari raya aidilfitri... So seperti biasa, mummy ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua blogger2s... Hari ni mummy buat 2 trip or round of shopping he heSemua dah beli...tahun ni beli apa yang patut saja sebab kami sekeluarga sambut raya 2 hari jer sebab daddy yen yen kerja...sedih tapi kena raya betul2 dua hari tu...Ok...post kali ni just to share cerita sikit la tentang perkembangan dak yen yen tu..Sekarang dah pandai bercakap dan banyak kerenah...so shopping tahun ni pun

dia tak byk involve sebab kena tinggal kat nursery...kalau bawa dia sekali alamatnya tak shopping la kami....sekejap nak air la...nak makan la...nak turun stroller la tak nak jalan la....pening gak...mana nak pilih barang mana nak tgk dia...org dah la ramai gila nak beratur kat cashier tu pun rasa cam nak pitam....tapi nak raya punya pasal...layan jer la...Tahun ni satu lagi percubaan baru untuk dak rayyan ni...tahun lepas cuba beli baju Jenama PONEY....tahun ni pun masih kekalkan PONEY + tidak ketinggalan jenama wajib rayyan...POOH...^-^Haaa...tahun ni kami cuba Jenama baru untuknya iaitu...

~

~


TRUDY & TEDDY

Just cuba T'shirt dulu...kainnya lembut gila.....uuuuiiihhh mesti best gila kalau pakai.....tapi entah ler best ke tak untuk si yen yen tukarang tak sampai dua minit...lencun dah baju tu terkena jejehan air liur yang sentiasa lenja tu..hu hu hu hu. Just tunjuk beg je la yea...sebab baju dah lencun mummy basuh untuk dipakai di hari raya nanti. Haaa satu lagi barang tak beli.....KASUT dia...ayyyakkkk esok kena kuar lagi...hu hu hu...