Simanja dan Sicomel

Simanja dan Sicomel

Followers

Monday, August 23, 2010

~~RENUNGAN MLM ISNIN~~

Renungan utk semua ibu2 yang sewaktu dengannya:
Mesti peningkan kalau anak tak dengar kata, degil dan tak duduk diam.
Malam ni saja nak kongsi info dgn kengkawan semua. semoga
info ni berguna utk semua ibu2.



Ibu bapa sila baca surah toha ayat 1-5 3x pada telinga anak semasa anak tidur 7hari berturut-turut..insyaAllah anak akan lembut hati dan mendengar kata..........
sampai ayat 5 saja k.

Surah toha adalah surah yang melemutkan hati Saidina Umar buat kali pertama ketika dia mendengar adiknya Fatimah membaca surah tersebut.

Akan tetapi yang lebih penting adalah bagaimana kita mendidik anak kita agar menjadi seorang yang mendengar kata dan berhati lembut itu lebih-lebih lah lagi pentingnya.

Ulama' mengambil ayat ini lalu menjadikan ia ayat pelembut hati dari kisah keislaman Umar tadi. Akan tetapi yang lebih jelas bagaimana mendidik anak boleh dilihat dari Firman Allah yang ini :

“Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik…” (an-nahl:125)

Suatu pepatah arab ada mengatakan “al-insan abdul ihsan”, manusia itu adalah hamba kepada kebaikan. Semua orang suka kepada orang yang bersikap baik padanya dan benci pada orang yang bersikap buruk padanya. Siapa pun dia.

Jiwa seseorang memang lebih menggemari berbuat sesuka hati dan mengikuti perasaan mereka. Kalau perkara ini tetap terjadi pada seorang yang sudah pun boleh berfikir dengan waras, apatah lagi kanak-kanak yang baru setahun jagung usianya.

Bayangkan diri kita di pejabat. Pagi itu kita sampai lambat ke pejabat kerana ada sedikit kekecohan yang berlaku di rumah. Tiba di pejabat, bos panggil masuk ke dalam bilik dan memarahi kita dengan suara yang kuat. semua orang dengar. Memang salah kita kerana datang lambat, tetapi hati kita tetap menanamkan perasaan benci terhadap bos yang memarahi kita tadi.

Tukar keadaan itu, bos kita panggil kita masuk ke bilik, pintu bilik di tutup. Bos menghulurkan secawan kopi. Bos kita kemudiannya bertanya dengan lembut akan sebab mengapa kita terlewat datang ke pejabat. Kita memberikan alasan. Bos menerima alasan tersebut. Bos kemudiannya bercerita dengan lembut akan kesan kedatangan kita yang lambat ke pejabat terhadap syarikat dan motivasi kawan-kawan kita yang lain. Bos kemudiannya meminta kita agar cuba sedaya-upaya untuk datang awal pada hari-hari berikutnya.

Bagaimana perasaan anda jika bos anda melakukan yang demikian?

Pendidikan anak bermula dari bagaimana kita bersikap dengan anak.

Sekiranya kita selalu marah dia supaya dia menurut apa yang kita suruh, maka dia pun akan belajar kalau nak orang ikut apa yang kita suruh, kita kene marah dia. Dan cara anak marah adalah dengan mengamuk.

Amacam? nak marah2 anak lagi ke?...setelah baca artikel ni,
baru sedar..selama ni tercari2 cara komunikasi dgn
anak kecil yang tak dgr kata...
so, kawan2 selamat mencuba..


Sumber: Forum: info petua & kesihatan


2 comments:

Laman Alia said...

salam...

bagus artikel ni... sy pun kadang2 cepat hilang sabar dengan anak2... sampai telefon mengadu kat mak n then mak bagi surah toha tu utk dibaca... alhamdulillah.. masih lagi belajar untuk menahan kesabaran melayan kerenah anak2..:-)

zalizalu said...

hehe.. seorang ustazah pernah datanh ke trlingga saya dan baca surah nie... huhuhu... masa darjah 5... huuuu..