Simanja dan Sicomel

Simanja dan Sicomel

Followers

Monday, August 30, 2010

"kisah pilu suatu ketika dulu"

Saja nak kongsi dengan kengkawan blogger...
Ni kisah awal tahun ni...Anak kesayangan pengarang jantung
dikejarkan ke hospital dan terus ke PICU..

Ceritanya, rayyan ni memang disahkan mengidap pnuemonia
(jangkitan kuman pada paru-paru).. Semuanya bermula pada usia
Rayyan 4 bulan....satu petang ketika pulang dari nursery, dia
batuk...ingat memang batuk biasa la...sebab dia memang sentiasa
selsema + batuk.Entah macamana lepas dgr dia batuk tu, hati ni tak
sedap terus pandang dia. Hanya tuhan saja yang tahu betapa
terkejutnya bila mulut comelnya penuh dgn
darah...Apa lagi terus telefon daddy, tunggu lebih kurang 5 minit daddy balik terus bawa pergi Emergency room HTAA. Kat sana doktor suspek dia jatuh di nursery.
Tanpa fikir panjang teruslah tipon cikgu dia..Cikgu dia cuma cakap "hari ni rayyan ok jer tak jatuh cuma dia pasif jer sikit berbanding hari biasa"..
Tuhan jer tahu kesakitan yg dia tanggung..tapi rayyan kuat..tak menangis langsung...diam
jer dalam pelukan mummy.
Setelah di periksa, emmm kena la tahan wad...sejak pada hari tu
rayyan diistiharkan mengidap "pneumonia"...
Paling akhir sekali dia kena serang adalah pada awal tahun ni..January 2010
Dia demam panas sehingga cecah 39.5 darjah...doktor penah pesan jgn
biar dia demam lebih pada 38 darjah. Sekali lagi rayyan dikejarkan ke HTAA.
Mula2 sekali dia diberi bantuan pernafasan sebab paru-paru dia dah ada jangkitan.
Sungguh tak sangka dalam masa tak sampai 2 jam suhu badan rayyan
naik dan takde tanda2 nak turun walaupun diberi "ubat bontot".
Rasa macam terhenti jantung ni bila doktor kata rayan terpaksa di tahan di PICU
untuk rawatan lanjut...Rayyan semakin lemah dan lemah...tak larat angkat mata..
mummy takut...mummy takut kehilangan adik...tapi pada ketika itu hanya doa
saja yg menjadi peneman. Setelah beberapa ketika, doktor minta mummy masuk utk
tgk rayyan. Alangkah kesiannya anak mummy, bila hidung penuh dgn wire.
Minum pun ikut hidung...doktor ckp adik dah under control..suhu badan dah mula turun.
mummy minta nak tunggu rayyan kat wad, tido atas kerusi pun mummy sanggup.
Mummy nak dekat dgn rayyan...Nasib baik doktor izinkan, kalau tidak tak tau la mcmana mummy nak laluii semua tu....Mlm pertama tido di PICU, adik senyap jer..tido...
esoknya adik terjaga, senyum tgk mummy tapi tak byk gerak....mummy sedih..




Setelah 3 hari di PICU, rayyan dikuarantinkan di wad biasa...
bayangkan satu floor tu, hanya rayyan dan mummy saja...
doktor tak nak adik terdedah pada jangkitan luar...hu hu
lagi sekali mummy sedih....kesian adik...
Satu perkara yang mummy tak boleh lupa sampai hari ni
bila doktor dah buka salur makanan dan salur pernafasan adik.
Adik cari "ulat" adik. Rindu agaknya...he he he...
Nasib baik mummy sentiasa bawa ulat adik tu...

Ulat...rindunya kat awak



4 comments:

Mr. Asada said...

alhamdulillah dah ok.. semoga rayyan sentiasa sehat.. (^^,)

kena sabar jugak menunggu tu semua ea.. dugaan.. dugaan..

Miss Bluepinkiey said...

comel nye rayyan...moga owest chat..amin,,

Unknown said...

terharu naca entri ni..tu la org kata kasih ibu tidak terhingga,...sanggup lakukan apa saja...
semoga mummy bahagia selalu..slaam perkenalan juga utk mummy...

sweetie said...

saya boleh rasakan bagaimana perasaan mummy waktu tu. Semoga adik rayyan akan sentiasa sihat selepas ni.