Simanja dan Sicomel

Simanja dan Sicomel

Followers

Thursday, March 17, 2011

Impian terlaksana....Wishlist ke-10

Wishlist ke-10 untuk 2011 tercapai sudah...
Alhamdullillah...

"10. Plan to be part time biz person....."
Sekarang dah ada kedai kat balok ni....
diberi nama KASIH COTTAGE...
Nanti kalau kita ada masa kita upload gambar kedai kita k......
terima kasih kepada SAZMED CAE TRADING kerana merialisasikan impianku ini.

.......9 wishlist to go.....

Wednesday, March 16, 2011

Latest.....My little Yen Yen

Dah lama tak buat n3, hari ni tetiba jer disebalik kesibukan buat project KPOC tu, ada mood pulak nak update blog ni. Untuk n3 kali ni just nak share pasa tumbesaran dak yen yen ni. Semakin hari dah semakin berisi + semakin byk mulut + semakin byk kerenah + semakin suka tgk TV (filem favourite dia "Cuti-cuti Cinta)....Cerita pasal filem favourite dia ni, aku pun tak tau gak apa yang dia suka sgt dgn filem tu....bagi aku filem tu so simple....tapi ada moral la... part yang paling yen yen suka bila part yang ada pelakon utamanya...sapa lagi...si comel "NORA DANISH" la.... bayangkan yen yen yang belum cecah usia 2 tahun ni, boleh tersenyum tgk nora danish tu...ish ish budak zaman sekarang ni... tapi ok gak kalau dia terlalu asyik tgk movie tu, sebab boleh la aku buat kerja rumah..(eemmm rajin ker aku buat kerja rumah...eemm ;p)... bawah ni gambar rayyan sejak akhir2 ni....sekarang ni suka sgt org ambil gambar dia...tambah pulak setiap kali ambil gambar, aku akan cakap.."emmm comeynya anak mummy" kan main sukanya. Ha....kat bawah ni antara gambar si dak yen yen ni

Dalam kereta on d way gi jalan2 kat "aloq setaq"

"mummy...amba..amba" (mummy, ambil gambar)

Suka sangat gambar ni, sebab muka dia cam budak besar
kacak gitu.... he he

Ni pulak...muka dak baru lepas nangis, nangis sebab nak bawa
si "eeyore" tu naik basikal sekali dgn dia...kelakar gak...tapi layan jer la

Ha ni pulak gambar masa BBQ kat pantai Balok.
Masa ni dia takde geng nak main so muka selenge jer la...
kalau tertinggi suara sikit mesti nangis ni...manja la katakan...